Tuesday, May 9, 2017

Income Replacement VS Investment

Plan Pengganti Gaji vs Pelaburan. Yang mana Perlu Diutamakan
====================================

Ada orang kata plan Takaful Income Replacement ini membazir. Lebih baik duit yang ada dilaburkan saja dimana-mana bank atau unit amanah, gandakan duit. Betul, saya setuju bab melabur itu. Tapi sebenarnya kita perlu lindung keperluan asas kita dahulu kemudian baru lah seronok cerita tentang pelaburan yang menguntungkan itu.
.

Kerana apa? Kalau kita ada income replacement dan ditakdirkan kita dapat sakit kritikal yang berpanjangan atau hilang upaya kekal, kita masih ada pendapatan untuk tampung belanja sara hidup harian. Cuba kita fikir, kalau kita tak lindung gaji kemudian jatuh sakit siapa pula nak sara kita dan keluarga?
.

Belum pernah lagi dengar sesiapa yang dapat sakit kritikal contohnya Kanser, hari ini sakit belum tentu minggu depan boleh sembuh. Sakit kanser tu berpanjangan rawatannya wahai tuan tuan. Ada yang bawa ke mati.
.

Pelaburan sangat bagus. Tapi buat lah selepas kita berjaya adakan plan Takaful untuk Income Replacement. Pelaburan biasanya ambil masa yang lama untuk "bunga nya berkembang". Tiada pelaburan yang hari ini kita labur bulan depan dah boleh goyang kaki makan hasil untung. Bukan Pak Man Telo ya?
.

Jadi.. pencari nafkah jangan pandang enteng bab plan income replacement ni. Nak tahu betapa pentingnya income replacement pergilah tanya pada seorang balu dan anak-anak yatimnya.
.

Kalau gaji kita hari ini RM5000 sebulan, kita rasa nak tinggalkan pada keluarga kita RM5000 atau RM500? Atau kita nak kata "pandai-pandai lah anak aku cari duit sendiri nanti"..  Eh bang, anak-anak tu kalau dah besar dah boleh kerja tak apa lah. Bukan ke anak-anak tu masih bersekolah rendah?
.

Fikirkan sekarang tuan tuan.. Mereka tu zuriat keturunan kamu. Dari benih kamu. Isteri itu katanya tulang rusuk kamu. Masa hidup segalanya kamu turuti kamu beri kebahagian dan kasih sayang pada mereka. Jangan biarkan mereka terkontang kanting setelah ketiadaan kamu nanti.

#incomereplacement
#hibahtakaful
#PruBSNTakaful

 www.wasap.my/60184730364
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...