Saturday, May 6, 2017

Emotional Freedom Technique Tapping For Kids / Children

EFT TAPPING FOR CHILDREN
========================

Positive Affirmations & EFT Tapping.

Dup dap dup dap fikir nak bawak intan payung 4yo pegi meeting takaful semalam. Sedia maklum anak ni aktif macam mana (anak ahkak la). Kebiasaanya hanya bertahan 10 minit pertama. Then dia akan buat hal sendiri nyanyi kuat-kuat n main lari sana sini. SERIAU weh.

Dulu dari dia baby memang selalu bawak dia pergi meeting n training Shaklee. Kelas shaklee memang friendly kids tapi suasana meriah la 😂. As long semua orang tak kisah its ok sebab shaklee ramai mommies n ramai WAHM.

Tapi untuk insurans/takaful punya meeting training suasana beza sikit. Kena respect kekawan agent yang datang single mingle untuk ilmu. 🙈


Itu yang dup dap lebih. Mintak permission dengan leader dulu sebelum bawa ayesha.. Selalunya meeting ni ahkak attend dengan husband. Ilmu sama-sama dapat. Kami boleh buat takaful sama-sama.

Sepanjang dalam kereta semalam sebelum sampai Prudential Sunway ahkak dan ayesha buat Positive Affirmations & EFT tapping. EFT stand for Emotional Freedom Technique.


Ada 9 touch point. Buat sama-sama. Ulang banyak kali affirmations ayat-ayat yang positif untuk diri dia. Lagi best kalau campur essential oil (pure therapeutic grade oil) yang anak suka untuk tambah kesan positif lepas terapi EFT.

So emaknya pun kena fikir positif. Moga dia bertahan 30 minit dalam kelas tu heheh. Ayesha bawa homework cikgu bagi.  lepas habis homework mama pass henfon bagi dia tengok babydoll house kat youtube. Elok lah bateri henfon pun nak habis haha.


Alhamdulillah ayesha bertahan lama dari kebiasaannya hasil EFT tapping tu. 2 jam tu kira ok lah. Lepas tu dia kembali "normal". Dah bunyi suara-suara. Dah bangun dari tempat duduk. Dah jalan kedepan. Meeting 3 jam kot. Emak nya harap 30 minit pertama je tanpa huru hara hehe. Hello.. What do you expect from 4yo kids?


Sekurang-kurangnya ada hasil. Cuba emak fikir balik.. bila kita jadikan rutin harian kita ucap yang positif ulang-ulang.. Benda tu serap baik dalam minda anak-anak ye tak? The Power Of Word. Bagaikan doa. Doa minta pada Allah. Doa untuk diri sendiri.


Orang dewasa boleh buat teknik EFT untuk letgo emosi negatif, untuk positifkan diri, untuk tenang-tenang, untuk fokus dalam kerja. Ahkak boleh relate kan ia dengan teknik Law Of Attraction.



Buat lah eft ni bila-bila masa saja, sebelum solat atau selepas selesai solat atau dalam keadaan berwuduk uolls akan rasa beza ketenangan nya. Semuanya dengan Izin Allah. Kita usaha pelbagai teknik dan cara untuk kebaikan selebihnya kita berserah padaNya.

Sharing is Caring.

#positiveaffirmations
#positivevibes
#EFTTapping
#essentialoils
#therapeuticgrade
#ahkakgunayoungliving
#ahkakkenakonsisten
#lawofattraction
#masihberusaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...