Tuesday, April 18, 2017

Orang Zaman Sekarang Perlu Fikir Tentang Takaful

APA YANG ORANG SEKARANG PERLU FIKIR?

Sesetengah orang dedulu zaman nenek moyang kita banyak harta dengan tanah berekar². Ada yang usahakan sawah padi,  getah, kelapa sawit. Emas tu penuh lengan dan leher. Belum masuk lagi emas dalam almari, bawah bantal lagi.

Beras tak perlu beli. Ikan ambil dari sawah. Sayur dan cili tanam sendiri. Kerbau, ayam itik semua bela sendiri. Kereta tak ada. Nak basikal je. Risiko kemalangan kurang. Risiko hilang punca pendapatan pun tak ada. Selagi boleh urus harta sebaik yang mungkin. Orang kampung tapi kaya.

Cerita sharing dari mak ahkak cerita lama-lama👆 tetiba rindu dengan kg lelong, ayes paabas, alor gajah, Melaka. Hari ni keluar cerita kg abah n mak la ye 😂


Ok.. Macam mana pula dengan orang zaman sekarang? Nak beli rumah kena buat loan sebab tak mampu der beli cash. Nak beli kereta pun hutang loan sampai 9 tahun, nazaknya kita punya kewangan. Nak belanja lebih sikit buat personal loan. Kerja siang malam sebab nak bayar komitmen ni. Haiyaa hidup zaman sekarang tak lari dari hutang.

Dulu lain sekarang lain. Betul lah tu. Dulu duduk kg kerja usahakan tanaman sendiri. Sekarang peluang kerja kat luar berlambak.  Dulu tak ada takaful tak apa. Harta banyak sangat. Sekarang kalau tak ada takaful apehal der? Harta banyak atau hutang yang banyak?

Haa kan dah masuk bab takaful. Orang yang bekerja samada kerja sendiri atau kerja dengan orang perlukan takaful. Melainkan orang yang banyak simpanan ratus ribu boleh cover kehidupan dia 10 tahun bila dia tak mampu kerja nanti disebabkan sakit kritikal atau lumpuh kekal. Tapi tak sayang ke habiskan simpanan macam tu saja?

Sebab kita banyak hutang lah, sebab kita tak kaya lah kita patut ada takaful. Takaful fungsinya MELINDUNGI bila berlakunya musibah kewangan berkaitan dalam kehidupan kita. Contohnya bila terjadinya Kematian, Sakit Kritikal, Hilang Upaya Kekal dan Rawatan Hospital. 4 perkara ni beri kesan yang besar pada hidup kita.

Fikirkan. Kita belum tentu mampu biayai kos rawatan yang tinggi jika dapat penyakit kritikal yang perlu pembedahan segera tapi jika ada takaful (kad perubatan) semuanya jadi mudah.

Kita juga belum tentu mampu nak sara keluarga bila ditakdirkan lumpuh kekal atau kita meninggal dunia. Siapa yang perlu ambil alih tugas kita sebagai ketua keluarga? Jika ada takaful sekurang-kurangnya pampasan takaful dapat meringankan beban mereka. Hutang-hutang yang kita tinggalkan juga dapat diselesaikan.

Usaha dan ikhtiar lah untuk miliki pelan perlindungan takaful. Bukan sekadar tawakal tapi ia mesti disertai dengan usaha dahulu.

Ahkak Takaful
Linda Lindosh
PruBSN Takaful
018.4730364

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...