Wednesday, October 12, 2016

Happy Birthday Ridzuan

Happy birthday ridzuan!

Hari ahad lepas kami ke Kulim memenuhi jemputan majlis hari jadi anak kedua Baizura kawan sekolah saya tu. Anak dia masuk 4 tahun dah..

Pejam celik pejam celik anak memasing dah besar. Dan makin hensem lah dia.

Bawa ayesha seronok nya bila tengok ramai kakak-abang.

Kami ni jarang-jarang berjumpa. Kalau ada majlis tertentu baru lah berkesempatan jumpa. Nak reunion kawan-kawan sekolah konon asyik kansel ja hahah.. al maklum lah memasing ada komitmen. Payah dah nak macam dulu kala.






Jangan ditanya kenapa ada gambar kasut ni haha. Saja nak bagitau ya mama n ayesha kasutnya sedondon. Brand lelain lah ya. Abah nya je tak cari color coklat loofer nya. Dan jangan ditanya kenapa seluar mama nya begitu?

Meh nak bagitau. Senang nak pi market hahaha. Seluar sekarang semua besar gaban kaki kena bawak kedai potong sendiri. Mama nya tak rajin macam zaman memuda dulu.. seluar pakai ngam² cun cun je. Sekarang? Nampak nau dah tua hahaha.

Ok lah. Korang kalau nak cari suplemen SHAKLEE dan essential oil dari YOUNG LIVING roger terus ahkak ni ya.

Shaklee untuk kesihatan dalaman vitamin telan-telan gitu.

Young Living sapu, hidu, diffuse juga untuk kesihatan, emosi, fizikal kita.

One more.. takaful. Semestinya PruBSN Takaful. Saya adalah seorang agen berdaftar ya. Untuk protection kita dikemudian hari.

Dua benda yang orang takut sangat ialah bila dengar perkataan MLM dan insurans. Hahaha. Saya gelak. Tapi sebenarnya saya kesian. Jangan lari. Jangan takut. Kami tak makan orang. Kami bantu orang yang nak bantu diri sendiri.

Jangan lari dari kawan-kawan yang jadi agen takaful. Please please. Jangan lari jika awak masih belum ada mana-mana perlindungan. Jangan cakap company awak dah cover 30k setahun untuk satu family so awak selamat segalanya. Kita tahu ke selama mana kita bekerja? Kita tahu ke tahap kesihatan kita maintain terbaik dan sihat selalu? Kita pasti kah?

Alaa tak nak bebel kat entri ni heheh.

Apa-apa roger saya 011-32065144
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...