Wednesday, September 7, 2016

Young Living Essential Oil - Stress Away

Young Living Essential Oil - Stress Away


Assalamualaikum wbt. Selamat pagu dunia. Alhamdulillah ketemu lagi kita dipagi nan indah ini. Cuaca sejuk hujan renyai-renyai membasahi bumi. Mulakan hari dengan senyuman.

Tapi kan yang ada anak kecil tu anak cranky bagai.. Pagi-pagi dah macam-macam hal. Taknak bangun. Taknak mandi. Taknak pergi sekolah. Padahal mak nya dah lambat nak pergi kerja. Maka stress lah mak nya kan? Haha. Siapa melaluinya?

Tenang-tenang aja mak-mak sekalian. Tarik nafas. Hembus. Jangan lah stress pepagi ni. Kita nak mood pagi yang baik baru lah sehari kita jadi hari yang best best je. Saya lepas subuh bersiap-siap bagai calit 1-3 drop EO Stress away kat pergelangan tangan, leher, belakang telinga.


Stress away eo ni 1st essential oil yang saya cari memula kenal. Bermula kisah selalu stress masa kerja. Stress ni memang kita yang control. Tapi kalau diri sendiri tak boleh control, tak boleh handle so kita kena cari jalan penyelesaian. Saya memang pesen gitu, sikit-sikit nak stress. Benda kecil jadi besar hahaha. Ok ni kes orang sensitif terlebih ke? Apa-apa je lah. Yang pastinya bila saya stress tekanan darah saya naik dengan jayanya. Masa tu memang rasa kepala panas. Bila check memang tinggi sangat. Tak elok sangat ni.

Testimoni saya sendiri sebelum dan selepas guna eo Stress Away. Sebelum guna memang lah teruk nau keadaan nya. Mood swing, nak marah saja. Rasa letih melampau sebab letih memikir benda yang sepatutnya kita let go je. Buat semak otak. Terutama bila datang hujung bulan sibuk kerja lain macam sikit. Siapa yang kerja bahagian closing-closing akaun mesti faham. Lebih kurang begitu lah. Banyak invoice kena siapkan. Orang lain nampak enteng sebenarnya perjalanan yg siapkan kerja tu hanya mereka yang melalui je faham. Banyak "iklan" ditengah jalan. Benda ni berlarutan sampai awal bulan. Sebab iklan berlambak tu lah. Muka mak pun ketat lah hahaa

Masa mula gunakannya saya niat baik-baik je. Kita memang minta dengan Allah.  Semoga urusan kita dipermudahkan. Zikir juga perlu. Semua ni bersangkutan ya. Seperti yang saya kata awal tadi, diri kita kena handle kena kawal sendiri.

Lepas calit-calit minyak ni rasa relax. Lega. Boleh control diri hahaha. Boleh senyum. Boleh sembang-sembang lagi. Darah tak naik hantu huhu. Ni testimoni saya lah ya! Sebab apa? Stress dah go go away. Yang tak patut simpan dalam otak kita dah lepaskannya.

Minyak ni bukan magik! Bukan juga ubat segera. Jangan harapkan juga sekali guna terus baik. Fikiran kita ni. Yakin dengan eo ni antara yang boleh bantu cool down emosi kita. Let it go with the flow. Guna sekerapnya. Guna teknik EFT juga. Sangat membantu!

Essential oil (eo) tu apa sebenarnya?

Eo adalah nyawa bagi tumbuh-tumbuhan. Ia membekalkan perlindungan kepada tumbuhan tersebut. Maka, kita ekstrak eo dari tumbuhan ini untuk memberi faedah kepada kita sebagaimana ia memberi faedah kepada tumbuhan tersebut.

Eo bukan sebagai pewangi semata-mata. Tetapi ia memberikan kesan teraputik kepada diri kita seperti menghilangkan kesakitan, sembuhkan luka, hilangkan parut, menenangkan kita, bagi mudah tidur, tenangkan anak yg tantrum, mencantikkan muka, membunuh kuman, demam, selsema, jangkitan paru-paru dan macam-macam lagi.

Essential oil ada beratus jenis. Jenuh nak khatam wuwuwu. Tapi saya suka belajar dan suka nak mendalami nya.
Satu persatu kira uraikan nya inyaAllah.

Hidup nak sihat, nak tenang, bahagia.

Young Living
Independent Distributor
Norhaslinda Hashim
Whatsapp 011-32065144



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...