Friday, August 26, 2016

Kembali Bersiaran

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum wbt

Setelah setahun meninggalkan dunia blog, kini ku kembali lagi. Itu pun kerana hendak renew domain. Baru teringat.. oh saya ada blog rupanya hehe.

Macam-macam perkara yang berlaku dalam masa setahun ini. Tak mampu ku hidangkan semua nya disini. Sudah lebih 10 tahun dalam dunia blog. Usia makin meningkat. Perubahan demi perubahan.

Tutup muka baca tulisan blog lama hahaha.

Apa lagi ni?

Keluarga masih bertiga. Anak intan payung sudah berumur 3 tahun 6 bulan. Banyak peningkatan sejak masuk tadika awal tahun hari tu. Dari cakap bahasa jerman sekarang dah boleh faham juga sikit-sikit. imaginasi tinggi. Tercengang juga mak pak nya kenkadang. Drama Queen tetap lah ya.


Bab berdikari tak ada masalah sangat. Pakai baju sendiri. Dia boleh makan sendiri sejak umur 2 tahun. Diaper free (potty training secara serius masa 2thn 9 bulan sebelum masuk tadika) Sekarang ni sesekali terbabas juga. Mana ada sempurna. Zaman mama nya dulu ada kawan-kawan dah masuk darjah 1-2 pun masih kencing seluar kat sekolah. Tak apa. Praktis.

Asyik cakap nak baby boy. Kita usaha ya. Nak dapat atau tidak kuasa Allah semua tu. Mungkin sekarang sesuai hidup bertiga dulu. Semuanya bersebab.


Saya dah kembali bekerja 9-5. Kembali turut serta ramai-ramai hadap jammed pagi-petang. Pilihan sendiri? Bukan juga hihi. Semuanya bersebab.

Bagaimana bisnes? Shaklee? Lasagna? Spagheti? Personal Shopper Ikea/Kaison? Benda-benda semua ini yang saya suka. Tetap dalam ingatan kerana "mereka" yang buat saya bertambah faham tentang erti "susah payah cari duit sendiri". Saya pernah berada diatas dan pernah jatuh tersungkur. Dan juga lemas terdampar. Ok bila sentuh bab memang bergenang air mata saya. Ni bukan kisah sedih haha.

Saya perlu bangkit. Jatuh macam mana pun saya perlu teruskan hidup. Ini bukan tentang kecewa. Ini realiti hidup yang harus kita hadap.

Rumah cinonet kesayangan saya telah disewakan setelah mendapat persetujuan partner saya. Hampir 4 tahun beliau tak pernah setuju dengan cadangan saya. Saya ada plan sejak sebelum berkahwin. Ini antara plan saya. Perlu keluar dari comfort zone. Tak berapa selesa pun sebenarnya haha. Sementara ni kami menumpang rumah mertua yang kosong di Sungai Petani.  Saya memang suka sebab ada tanah yg sangat luas macam padang bola tau!

Alhamdulillah rumah cinonet saya dapat disewakan mengikut plan saya. Sewa per-bilik berbanding sewa sebuah rumah. Rumah fully furnished sebenarnya dari barang-barang kami dulu. Cuma tambah sikit-sikit saja. Saya perlukan income positive cashflow dari rumah sewa. Untuk menampung hidup disamping memenuhi plan-plan saya yang lain. Saya selalu doa moga dapat penyewa yang baik-baik sahaja.

Oh ya.. saya sekarang ni agen PruBSN Takaful ya. Masih part time. Saya selalu mohon pada Allah moga ada jalan dan rezeki saya untuk buat full time pula nanti. Eh ada yang belum ada protection diri? Meh lah ambil takaful dengan saya. Bukan medical card saja untuk hibah juga sangat bagus. Ok next entry hehe.

Ok semoga saya rajin update blog. Bukan tahun depan baru update. Haha

Linda Lindosh
Saya ejen PruBSN Takaful
Saya ejen Shaklee

Next? InsyaAllah.. Young Living Essential Oil.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...