Sunday, August 16, 2015

Solid Food For Baby 6 Bulan Ke Atas

Solid Food For Baby 6 Bulan Ke Atas



Assalamualaikum wbt. Topik kesukaan saya ni. Topik ni insyaAllah saya akan buat ber-episod. Tak cukup info dan gambar sekarang ni. Saya mula mengkaji tentang pemakanan baby sejak Ayesha baru lahir lagi. Anak pertama semua mommy memang cenggitu rasanya. Semuanya excited. Semua nak belajar. Seperti yang kita maklum baby bawah 6 bulan dilarang sama sekali diberikan makanan ataupun air masak. Apatah lagi air ribena. Opss. Semuanya bersebab dan ia melibatkan usus baby yang belum matang.

Mama Ayesha banyak mengkaji. Join group HSFFYB (homemade solid food for your baby) kat facebook dulu sebelum Ayesha 6 bulan. Banyak betul ilmu yang dapat kat sana. Ada group semi solid/ solid food baby banyak resepi mommies share kat sana. Sekarang ni tumbuh macam cendawan group homemade food baby kat fb, whatsapp dan telegram. Ada peluang join je. Lantak lah henfon hang ke apa belakang kira. Walaupun anak dah masuk 2 tahun saya join je.

Makanan berproses seperti Nestum dan Cerelac sepatutnya ELAKKAN. Tak elok bagi kat baby segala jenis instant tu. Mommies kena rajin untuk baby tersayang.



Ayesha start semi solid food (separa pejal) masa 6 bulan 3 hari. Terkumat kamit mulutnya hahaha. 1st puri nya ialah Epal. Semuanya ikut 4 rules day. Nak bagi makan apa pun tengok carta pemakanan. Bukan semua buah/sayur boleh diberi masa 6 bulan. Karbohidrat macam bubur nasi tu saya lewatkan ke 7-8 bulan. Taknak lah perut baby terkejut. Nak combine makanan kena tengok juga kalau kita dah bagi bubur nasi jangan lah ditambah potato pula. Macam berat rasa ataupun risau kalau baby sembelit.

Pisang adalah kategori list BRAT. Mudah sembelit untuk sesetengah anak macam ayesha lah. Tapi tak cuba tak tahu. Bila sembelit STOP BRAT. Try pula bagi buah Pear makanan kategori P selainnya ialah Papaya, Prune, Pumpkin.

Paling penting DILARANG KERAS gula dan garam. Wah kerasnya bunyi. At least bawah setahun. Tapi sebaik-baiknya bawah 2 tahun. Sebabnya dalam pemakanan semulajadi dah ada perasa masin, manis, masam dalam buah dan sayur. Nak masin campur lah ikan bilis ke celery ke. Tak payah lah garam tu.. Memang saya jaga-jaga risau kena suap macam-macam.

Orang takkan faham kenapa kita buat macam tu. Saya juga pernah dikatakan kedekut beri anak makan. Saya tahu apa yang saya patut beri anak makan. Bukan semberono. Nak intro tepung pun saya tunggu Ayesha 11-12 bulan. Tepung pun makesure tak ada benzoyl peroxide. Tepung atta je dulu kasi buat cucoq hehe.

Ayesha tak cukup 2 tahun pun. Tak tahan dolat (dush dushdushhh mama) Lepas setahun lebih Ayesha suka nau makanan orang tua. Apa yang kami makan dia pun makan. Tapi kita masih boleh kawal lagi. Jangan bagi jajan dan makanan berproses. Kalau boleh kita kawal walaupun banyak sangat dugaan kat keliling kita ni. Jangan buat stok vitagen, calciyum kat rumah. Semua tu maneh melecaih noh. Selalu dapat rungutan mommies yang risau.. babysitter sumbat itu la ini la.. kaum keluarga suka nau belikan jajan la hehehe. Tabah lah mommies. Kita berdoa semoga tak jadi apa-apa dan anak kita sihat selalu. 

Jom baca 33 soalan tentang solid food for baby yang diambil dari group HSFFYB. Terima kasih. Semoga ilmu ini bermanfaat pada ibu-ibu muda.


1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?

Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.


2) Sehari berapa kali makan?

Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.


3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.


4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.


5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.


6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?

Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.


7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?

Tidak perlu. Lenyek/hancurkan dan terus beri anak makan. Makanan yang sesuai untuk travel.


8) Bagaimana mahu buat puri?
Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google.


9) Bila beri anak makan, mesti beri air kosong?

Ya.



10) Anak 5 bulan lebih. Nampak macam lapar. Semua benda masuk mulut. Boleh beri makan? 

Anak pada usia ini memang suka masukkan segala-galanya dalam mulut, termasuk kakinya. Seeloknya tunggu 6 bulan. Biar anak puas menyusu susu ibu sampai usianya 6 bulan. Anak ada seumur hidupnya untuk makan macam-macam.

11) Beri anak makan, tapi anak macam tak suka dan tak mahu makan. Beri air kosong pun tak nak minum.

Benda baru, jadi ambil masa untuk anak biasakan diri dengan rasa dan benda baru. Sabar. Beri sedikit demi sedikit. Lama-lama anak akan terima. Jangan paksa. Nanti anak terus tak mahu makan atau minum air kosong.



12) Anak sembelit/cirit birit. Nak beri makan apa?

Sembelit : Give 'P' (Prune, Papaya, Plum, Pear, Pumpkin). Stop 'BRAT'.
Cirit-birit : Feed 'BRAT' (Bread, Banana, Rice, Apple sauce, Toast). Stop 'P'.

13) Bila boleh beri ikan? 

Disarankan 10 bulan ke atas. Sebabnya kandungan merkuri dalam makanan laut susah diproses perut anak. Makanan laut lain seperti udang, sotong etc - 1 tahun ke atas.

14) Bagaimana nak naikkan berat badan anak?

Renjiskan minyak zaiton dalam makanan. Beri avocado. 8 bulan ke atas, sudah boleh menumis dengan menggunakan unsalted butter, ghee.

15) Tepung apa sesuai untuk anak bawah 1 tahun?

Tepung atta, wholewheat unbleached flour.

16) Kenapa perlu rendam bijirin (beras perang, rolled oats, barli etc)?

Baca, faham dan khatamkan blog Puan Farah Rahim ini :
http://rendambijirin.blogspot.com/

17) Ribena, calciyum, vitagen, nutrigen dan yang sewaktu dengannya, boleh beri pada anak?

Tak boleh. Tak sesuai. Banyak gula, bahan pengawet.

18) Bagaimana penyediaan oats untuk dicampur dengan puree?

Ringkasnya, rendam oats dengan air melebihi paras oats. Letak 2 sudu jus lemon/limau nipis/cuka epal. Biar 7 jam. Lepas 7 jam, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa. Campurkan dengan puri buah/sayur kesukaan anak.


19) Boleh beri ribena, jus buah dan yang sewaktu dengannya?

Tidak perlu. Beri susu dan air kosong sahaja. Kalau mahu beri juga jus buatan sendiri, beri pada usia 1 tahun ke atas. Cairkan. 30% jus + 70% air. Big no to ribena.

20) Apakah 4-day-rule? Kenapa perlu amalkan kaedah ini?

4-day-rule adalah kaedah memperkenalkan satu-satu jenis makanan baharu kepada anak selama 4 hari berturut-turut. Kaedah ini bagi memastikan makanan itu tidak memberi sebarang masalah kepada anak seperti alahan, sembelit, cirit-birit dan sebagainya. Selepas 4 hari, jika anak tiada sebarang masalah menerima makanan tersebut, boleh perkenalkan makanan lain pula. Begitulah rutin tiap kali mahu perkenalkan makanan baru kepada anak.

21) Sepanjang anak berumur 6 bulan, hanya makan puree?

Secara umumnya, ya. Puri buah, puri sayur. 7 bulan boleh mula bubur nasi. Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah/sayur yang anak dah lulus 4-day-rule.


21) Boleh perkenalkan makanan sebelum anak 6 bulan?

Seeloknya tunggu 6 bulan. WHO menyarankan 6 bulan juga. Sebabnya sebelum 6 bulan, perut anak belum cukup matang untuk memproses solid. Jika beri terlalu awal, perut akan bekerja keras. Kasihan perut anak. Beri anak makan terlalu awal juga salah satu punca obese di kalangan kanak-kanak.



22) Bolehkah beri buah-buahan kering seperti aprikot, kismis yang warna kuning/asal?

Beri buah-buahan kering yang warnanya hitam dan gelap seperti warna buah kurma.

Ini penerangan dari Puan Farah Rahim :
Aprikot/kismis warna kuning ada sulfur dioksida yang boleh mencetuskan serangan asma dan boleh membawa maut pada bayi yang mudah terpengaruh.
Sulfur dioksida digunakan sebagai antioksidan di dalam proses pengeringan beberapa buah-buahan kering untuk mengekalkan warna kulit dan rasa.
Sebagai contoh, dalam kismis kuning, peach kering, epal kering dan aprikot kering, sulfur dioksida digunakan untuk buah-buahan ini tidak kehilangan warna dengan menyekat tindak-balas "browning" yang menyebabkan warna buah-buahan itu menjadi gelap dan mengubah rasa mereka.



23) Jenis-jenis minyak zaitun dan bagaimanakah cara penggunaannya?

Puan Fiza Eliaza menjawab:
Extra virgin olive oil (EVOO) adalah hasil perahan minyak pertama dari buah zaitun. Khasiatnya memang tinggi dan tidak perlu di masak. Perlu dititik atau direnjis begitu sahaja ke dalam bubur bayi.

Virgin olive oil (VOO) pula hasil perahan kedua. Yang ini pun elok digunakan untuk dititik atau direnjis dalam makanan/bubur bayi.

Pure olive oil (POO) atau olive oil pula boleh digunakan untuk menumis makanan sama ada untuk bayi atau ibu bayi.

24) baby sudah 8m..apa lagi menu yang bole kasi baby?
baby 8m dah boleh intro lebih sikit grains macam millet,quinoa,red rice,cous cous dan pasta..veges macam capsicum,cendawan,sayur daun hijau(kecuali bayam),beetroot..protein macam ayam,daging n kuning telur..dah boleh tumis,tambah rempah,tambah santan..4 days rules jangan lupa ya..termasuk rempah pun kene intro satu2 untuk 4 ari..


25) kalau sya intro puri pisang kt my bby 6m5hari perlu ke sya blend pisang tu?or memadai sy lenyekkan pisang n mix dgn ebm je?or perlu ke sy tapis lg pisang tu?

Intro samaada lenyekkan dan tambah sikit ebm pun boleh..atau pun puan letak dlm food feeder tu pisang, dan biarkan dia hisap sendiri


26) kenapa tak boleh letak gula dan garam dlm mknan anak berumur 2 tahun ke bawah?
Dalam setiap makanan sudah Allah jadikan masin, masam, manis, pahit semulajadi di dalamnya. Contoh rasa masin (celery), manis (keledek, labu), masam (tomato, oren) dan pahit (peria). Alangkah hebatnya Allah.

Deria rasa orang dewasa seperti kita tidak sepeka anak kecil sebab macam-macam sudah kita makan dan rasa. Anak kecil/bayi deria rasanya sangat sensitif. Sedikit sahaja rasa masin/manis sudah dapat mereka rasai.

Kalau tidak percaya, cuba sekali Puan makan nasi sahaja dahulu sebelum tambah apa-apa kuah/lauk. Bukankan rasa nasi itu lemak manis,


27) kentang bleh bg da kt bby 6m2w?kntg n sweet potato sme ke?
Kentang 8-10 bulan. Sweet potato = Keledek. Kentang berkanji dan tak banyak khasiat seperti keledek. Sebab itu tidak disarankan seawal 6 bulan sebab boleh menyebabkan sembelit.


28) menu nk buat cmpuran ikan cmner?..bby dh 8m..tgk cam dh jemu mkn cmpur ayam.

Ikan sebaiknya intro 10 bulan ke atas. Terbaik di usia 1 tahun. Ada Q&A mengenai perkara ini di komen-komen di atas.


29) Bila boleh intro bayam dan sayuran hijau?

Bayam, sayur hijau yang agak tebal daunnya 10-12 bulan.kalau baby ada masalah sembelit boleh lambatkan sikit sebab bayam tinggi zat besi yang boleh menyebabkan sembelit


30) t0fu tu kal0 dah bukak, mean dah guna separuh lebih nye mmg xleh simpan lebih sehari ye?? sb bile simpan sy tgk kaler bertukar kuning n air dy p0n bertuka kaler

Saya simpan paling lama seminggu dear..masuk dalam bekas kedap udara pastu isi air sampai penuh..pastu tutup n simpan fridge..selang 2 ari tukar air. Saya sarankan ibu-ibu yang nak beri anak tofu, makan sama tofu tu. Jadi tiada pembaziran dan tak perlu simpan lama. Kita nak ajar anak makan makanan berkhasiat, maka kita pun kena makan juga. Tambah dalam sup sayur, buat tofu kukus berkuah etc. Google sahaja resipi untuk soft tofu.

31) honeydew bole buat puree ke?

Honeydew boleh 8-10 bulan


32) Mangga dan epal kena kukus juga ke?
Mangga masak ranum 6-8 bulan. Epal kena kukus. Mangga tak perlu. Yang penting mesti masak ranum.


33) Macam mana nak naikkan berat baby?
Extra virgin olive oil (EVOO) boleh bantu naikkan berat. Bayi 6 bulan belum boleh beri EVOO. Tunggu 7 bulan ke atas.


Kredit to parents yusuf diatas 33 soalan ini. Dulu saya ada copy dari group HSFFYB tapi hilang.

Perkongsian yang sangat bagus untuk ibu-ibu baru diluar sana. Sama-sama kita belajar dan mencari info terbaik untuk anak-anak kita. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...