Wednesday, August 12, 2015

Cabaran Penyusuan Susu Ibu & EBM

Cabaran Penyusuan Susu Ibu & EBM

Frozen EBM ‪#‎ayeshairdinapunya‬ yang dah expired lama. 50+ oz je tinggal. Tapi mama sayang nak buang titisan emas yang berharga ni. Petiais dah takda ruang lagi. Tapi tak ada pilihan lain lagi. Terpaksa buang. 


CABARAN DAN PERJALANAN PENYUSUAN SUSU IBU SELAMA 2 TAHUN 6 BULAN

Mama struggle gila zaman mengepam dulu. 1oz. 2oz. 3oz. 4oz. Mama ni "keturunan susu sikit/tak ada susu". tapi semua tu bukan penghalang mama tak boleh susukan ayesha. sebab dah nekad dari mengandung lagi.

Lepas bersalin beli sampai 3 jenis pam. 2 pam manual. tak menjadi. setitik dua titik je keluar. ada bunyi² kata.. "susu hang sikit tu macam mana nak bagi anak minum". "nanti anak tak berkembang besar sebab tak cukup susu". Airmata ni tak payah cakap lah. Sedih sangat. walhal anak tu kecil lagi demand masih sikit.

Mama tetap berpegang konsep demand n supply. dimana ada permintaan disitu ada pengeluaran. ilmu breastfeeding sangat luas. Walaupun gagal menyusu seminggu pertama, mama tak pasrah n berserah. Bangkit semula.

Doa betul-betul menangis minta Allah permudahkan perjalanan penyusuan bersama Ayesha. Mama nekad directfeed ayesha. Sorok semua botol dan dan sorok susu formula. Taknak tengok! Benci. Memula memang ayesha reject. Mama tak mengalah lama-lama sampai ayesha sendiri mengalah nak susu mama je. Yang lain taknak dah.

Nangis? Memang nangis. Tapi mama kena kuat. Baby nangis bukan sebab susu je. Maybe ada benda lain yang dia tak selesa.

Memang biasakan directfeed sepanjang pantang sebab nak meransang pengeluaran susu lebih banyak lagi. directfeed lagi bagus dari mengepam dan bagi botol. Baby punya sucking tak boleh lawan dengan pam. Nanti dah masuk kerja tak boleh mengempeng 24jam.. bonding ibu dan anak tu yang paling best masa pantang. Peluk cium bau syurga 24jam.

Lepas habis pantang mama beli pam lagi. kali ni double pump Rumble Tuff je yang mampu. Ada juga yang soal "nanti susu tak ada macam mana?" "nanti membazir beli sebab pakai kejap" Mama keringkan hati pekakkan telinga je. Mama beli pam guna duit sendiri.

Apa-apa hal buat dulu, beli dulu, usaha dulu. Doa baik-baik. Fikir positif. Mama nak buat stok susu untuk ayesha. Sebab cuti bersalin dah nak habis mama belum buat stok sebab masalah "susu setitik je" bila pam. Bila directfeed ok je. Mama tahu susu cukup.

Rumble Tuff banyak berjasa dengan mama. Untuk permulaan mama dapat 1.5oz. Ya Allah happy tu tak payah cakap. Syukur. Usaha lagi next session dapat 2oz. Mama terus usaha buat Power Pumping tengah malam. Zikir tak henti masa mengepam. Pam lagi dan pam. directfeed diteruskan. Usaha cari milkbooster juga. Lain orang lain milkboosternya. Emosi kena jaga. kalau stress susu malu nak keluar.

Alhamdulillah dapat juga capai 2.5oz. 3oz. 4oz satu sesi. Siapa cakap mama tak ada susu? Tinggal usaha dan minta doa kat Allah banyak² je. Kalau dapat 5oz satu sesi memang rasa heaven sangat walaupun jarang. Kan saya ni "keturunan susu sikit" katanya.

Belum lagi dugaan mengepam dan stok susu tak cukup masa kerja. Mama syukur abah ayesha support mama dalam penyusuan susu ibu ni. Kekadang mama mengepam kat tempat kerja masa lunch nanti dia collect susu kat ofis hantar pulak susu dekat tok kiah ayesha. Boleh dikatakan kerap lah aktiviti collect n hantar zaman stok merudum. Memang ayesha dapat susu fresh je masa tu.

Ada masa mama ambil cuti 2 hari sambung weekend untuk topup balik stok yang kurang. Ikut jadual mengepam dengan disiplin. Sehari kena pam 5-7 kali. Memang kena rajin. Kalau datang malas 3 kali je pam sehari memang tak cukup lah susu.

Sebab tu kena bangun tengah malam juga. Tengah malam pengeluaran susu memang meriah. Mama kerap juga tandem nursing. ayesha sebelah. pam sebelah. Sekali sekala kalau takda pam marmet kan aje. kalau tau teknik marmet memang jimat sangat. Tapi lenguh tangan lah hihi. Gigih sangat.

Rindu pulak zaman mengepam dulu. Ayesha dah tak guna botol. Hanya directfeed je sekarang. Tapi lagi best bila dapat directfeed. Ni semua rezeki dari Allah.

Jika dapat 6 bulan pun dah syukur. Yang penting baby dapat susu 6 bulan pertama tu je. Tapi rezeki mama susukan ayesha dilanjutkan lagi setahun dan setahun lagi. Hak penyusuan 2 tahun mama berjaya laksanakan dengan izin Allah. (surah baqarah ayat 233).

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Harap bakal ibu dan ibu yang dah bersalin tengah struggle, confused, stress nak susukan anak, susu sikit. tak dapat sokongan keluarga harap kuat, hati kena kental, jaga emosi. kalau serius nak bf anak. Cari ilmu gali dan gali lagi. Cari orang keliling kawan-kawan yang berpengalaman. Banyak support group kat fb. Jumpa pakar laktasi. Paling penting mindset kena positif. Sokongan suami juga penting.

Ok. susu ebm ayesha dah cair. Nak buang ke? sobs. Ayesha dalam proses wean off. Nak wean off pun tak sampai hati. Hanya mak-mak yang berada situasi ni je faham. Tsk.

Asalnya nak cerita pasal ebm yang expired je. Kan dah berjela. luahan mak-mak sangat ni. copy paste masuk blog je lah cerita sedih ni. 

Mama konsisten makan vitamin SHAKLEE tenaga yang berterusan. Alfalfa dan ESP juga membantu dalam perjalanan Penyusuan selama 2 tahun setengah ini. Milkbooster mama yang lain antaranya cheese, badam, horlick, milo, coklat, kek. Amboi yang manis-manis je ke? Sayur pun ya jugak. Banyak lagi sebenarnya. Try n error. Tetiba kalau LDR menjelma haa sah lah itu milkbooster. Hahaha. 

Hormon main peranan penting. Kalau kita penuh hormon oxytoxin dalam badan, hati gembira senang hati confirm lah susu pun melimpah ruah jadinya. Peranan suami pun penting. Rajin-rajin lah melayan isteri bila isteri sedang susukan anak. Urut ke, buat air ke, masakkan sedap-sedap ke, bawak pergi shopping ke.. ehh hihihi. Apa yang saya cakap ni betul. Emosi yang baik memberi kesan yang baik pada anak yang disusukan tu. Mak happy. Anak pun happy. Kita enjoyyy!

ENJOY BREASTFEEDING MOMENTS MOMMIES!

Berminat dengan produk SHAKLEE?


SMS/Whatsapp/Telegram 011-320 65144 untuk COD sekitar Penang, Kulim, Sungai Petani.

SMS/Whatsapp/Telegram 011-320 65144 untuk POS ke SELURUH MALAYSIA termasuk SABAH/SARAWAK

Walk-in branch Shaklee yang SAH berdekatan seluruh malaysia

Guna ID 995071 (norhaslinda hashim) untuk mendapatkan harga ahli.

Sila hubungi saya selepas pembelian untuk Tips eksklusif dan jadual makan.



 
  
NAK DAPAT DISKAUN SEHINGGA 20%?

JOM JADI AHLI SHAKLEE DIBAWAH TEAM KAMI

BANYAK KELEBIHAN DAN PELUANG BERSAMA SHAKLEE

KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT.

GAYA HIDUP SIHAT YANG BERKUALITI DAN CERIA SELALU BERSAMA SHAKLEE.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN TENTANG PRODUK SHAKLEE 
SILA HUBUNGI SAYA:

Norhaslinda Hashim
Shaklee ID 995071
Call/SMS/Whatsapp/Telegram: 011. 320. 65144


Vitamin shaklee, suplemen shaklee, Blog shaklee, shaklee online, shaklee2u, web shaklee, branch shaklee, pengedar shaklee penang, pengedar shaklee kulim, pengedar shaklee sungai petani, pengedar shaklee kedah, pengedar shaklee alor setar, pengedar shaklee perlis, pengedar shaklee butterworth, pengedar shaklee seberang jaya, pengedar shaklee bertam, pengedar shaklee kepala batas, pengedar shaklee tasek gelugor, pengedar shaklee juru, pengedar shaklee padang serai, pengedar shaklee bayan lepas, pengedar shaklee bayan baru, pengedar shaklee bukit jambul, pengedar shaklee jelutong, pengedar shaklee ayer itam, pengedar shaklee georgetown, pengedar shaklee usm, pengedar shaklee lunas, pengedar shaklee nibong tebal, pengedar shaklee bagan, pengedar shaklee permatang pauh, pengedar shaklee bukit mertajam, pengedar shaklee bandar perda, pengedar shaklee penanti, pengedar shaklee guar perahu, set kurus, set kesuburan,  set kecantikan, set bersalin, set berpantang, set kehamilan, set anak bijak, set awet muda, anti penuaan, kulit berjerawat, kulit berminyak, kulit gelap, kulit kusam, cerah dan putih, set slimming, resdung, gout, diabetes, kanser, darah tinggi, sakit jantung, susah hamil, rambut gugur, kulit kering, kulit gebu, tips hamil, penyusuan susu ibu, milkbooster, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee ipoh, pengedar shaklee batu gajah, pengedar shaklee melaka, pengedar shaklee klang, pengedar shaklee subang, pengedar shaklee shah alam, pengedar shaklee puchong, pengedar shaklee sri petaling, pengedar shaklee kajang, pengedar shaklee labuan, pengedar shaklee miri, tawau, pengedar shaklee kuantan, pengedar shaklee kuala terengganu, pengedar shaklee taiping, pengedar shaklee bagan serai, pengedar shaklee kuala kangsar, pengedar shaklee kuala kurau, pengedar shaklee arau, pengedar shaklee kangar, pengedar shaklee alor gajah, pengedar shaklee jasin






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...