Monday, June 15, 2015

15 Peralatan (Gajet) Penyusuan Susu Ibu

15 Peralatan (Gajet) Penyusuan Susu Ibu


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah rezeki nak menyusukan Ayesha Irdina selama 2 tahun tercapai. Kini anak saya  dah berusia 2 tahun 4 bulan. Masih breastfeed secara directfeed sahaja. Saya nak kongsi kan pengalaman menggunakan gajet penyusuan selama ini. Secara terus terang dari awal mengandung sehingga kelahiran Ayesha saya teruja sangat membeli gajet penyusuan ni. Satu kepuasan tak terhingga selain menaikkan semangat nak breastfeed anak.

Peralatan penyusuan susu ibu yang akan saya senaraikan ini sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja terutama breastpump, cooler bag dan botol storage. Tapi ingat ya.. gajet hanya membantu memudahkan kerja ibu-ibu yang paling penting niat dan nekad nak susukan anak dengan susu ibu. 

 Seperti yang kita tahu konsep penyusuan susu ibu adalah Demand n Supply. Susu akan dihasilkan bergantung pada permintaan. Semakin kerap susu diminum/dihisap baby makin banyak lah susu yang akan dihasilkan nanti. Semakin kerap kita kosongkan susu dari payudara semakin banyak susu akan keluar.

Jom Kita Baca Tentang 15 Peralatan (Gajet) 
Penyusuan Susu Ibu Yang Mungkin Anda Perlukan


Shaklee, Yes Pack Shaklee Jimat


1. Pam Susu (Breast Pump)

- Saya mula survey pam susu sejak awal mengandung lagi. Sebelum bersalin saya beli pam susu jenama philip Avent manual yang murah untuk persediaan dalam pantang. Selepas pantang saya survey lagi kali ni saya mahu mencari yang double pump eletric. Untuk bawak ke tempat kerja dan cepat dan pantas kerja mengepam. Saya pilih double pump Rumble Tuff yang mampu saya miliki. Harga masa tu lebih kurang rm400+. Boleh juga diconvert jadi single pump dan juga manual. Ikut dihati nak saja grab Medela Freestyle idaman setiap ibu menyusu. Tapi takpa lah yang penting dapat pakai lama.

Ada ibu menyusu hanya memerah susu cara "marmet". Kena selalu praktis perah guna tangan mungkin tiba-tiba pam susu rosak atau tertinggal dirumah so tak lah rasa gelabah :P



2. Beg Pam Susu (BackPack Autumnz)

- Beg letak pam susu ada 2 compartment. Bahagian bawah saya letak motor pam Rumble Tuff dan pashmina sebagai nursing cover. Bahagian atas saya letak 2 corong dan 2 botol Rumble Tuff. Saya juga letak 2 ice pack dalam beg ni di alas dengan kain. Kekal sejuk sampai petang. Senang bila guna backpack terutama bila nak merempit naik motosikal.



3. Cooler Bag

- Setiap hari saya akan bawa 2 cooler bag. Satu beg untuk dihantar ke pengasuh dalam cooler bag tu ada 5-6 botol susu berisi 3.5 - 4oz setiap botol untuk kegunaan setiap hari dari pagi hingga petang. lebihkan sebotol kemungkinan kita balik kerja lambat. Sampai rumah pengasuh semua botol berisi susu itu akan ditransfer ke chiller. Satu cooler bag lagi saya bawa ke tempat kerja berisi 3 ice pack dan 4-5 storage bottle yang kosong. Cooler beg yang dibawa ke tempat kerja jenis tahan sejuk dan tebal sikit dari yang biasa. 




4. Reusable Ice Pack

- Item yang mesti ada untuk pastikan bekalan susu sentiasa sejuk. Saya suka guna Autumnz. Setiap cooler bag saya letak 3 pack. Sampai ditempat kerja kita bekukan letak dibahagian atas.

5. Milk Storage Bottles

- Storage bottle ini lebih selamat kerana BPA Free. Botol ini boleh isi 5oz susu. Saya suka botol susu yang seragam. Saya guna jenama Autumnz dan Bumble Bee. Oh anak saya minum susu direct guna storage botol selepas dipanaskan dirumah pengasuh. Beli lebih untuk untuk stok EBM, untuk dihantar ke rumah pengasuh dan dibawa tempat kerja. Waktu ofis selepas pam simpankan susu dibahagian chiller. Suhu untuk susu di chiller bertahan 4 hari.


6. Breast Milk Storage Bags (liner)

 Sangat penting. Saya gunakan untuk meminimakan ruang petias. Cara susun ditempat beku juga penting. Saya akan mengiringkan milk storage bags yang berisi susu 4-5 oz untuk dibekukan. Selepas beku saya simpankan kedalam bekas aiskrim. Ataupun jika penuh dalam bekas aiskrim saya akan susun diluar secara berdiri. Pastikan dah beku "kurus". Jangan lupa tanda dengan marker pen tarikh susu ebm dan berapa oz susu. Susu frozen EBM yang disimpan dalam petias 2 pintu bertahan selama 3 bulan. Kekurangan Storage bags ini ialah kita hanya boleh gunakan sekali saja tidak seperti storage bottle. 

7. Sterilizer & Warmer

- Penting untuk steril botol susu sebelum pertama kali menggunakannya. Bukan sahaja sebelum guna malah selepas setiap kali guna dan basuh kita perlu steril botol. Untuk menjamin kebersihan. Kelebihan sterilizer ni kebersihan lebih terjamin sebab kita khaskan hanya untuk botol-botol susu tak bercampur dengan yang lain jika guna periuk atau besen biasa. Penyepit juga disediakan. 

Hanya 8 minit saja untuk steril. Memang sesuai untuk ibu bekerja ni. Sterilizer ni juga kita boleh steril mainan anak, puting. Masa saya beli sterilizer memang offer combo warmer. Boleh pakai untuk dalam kereta juga. Warmer boleh letak dirumah pengasuh untuk panaskan susu. Seperti yang kita tahu susu mesti dipanaskan pada suhu 40C dan makanan (solid food suhu70c). Jika suhu tinggi nutrein susu ibu boleh rosak. 







8. Nursing Bra

- Pada saya memang perlu untuk kita direct feed baby atau pun mengepam susu dimana-mana saja. Untuk keselesaan ibu-ibu menyusu. Material cotton memang sangat best. Autumnz juga menarik!






9. Disposable Breast Pad

- Penting pakai breast pad ni terutama dalam pantang bila menyusukan anak sebelah. sebelah lagi pun susu akan keluar. Boleh jadi akan  bra dan baju basah selalu.  Selalunya berlarutan sampai 6-7 bulan. Bila masuk kerja kita boleh guna cloth breast pad boleh guna, basuh dan guna kembali. Jangan sampai lencun baju :P


10. Drying Rack

- Saya memang beli asing khas untuk keringkan botol dan pam susu. Sama macam diatas. Masa basuh kita akan buka semua komponen kecil dalam corong pam dan botol susu. Tak ada lah kes hilang komponen comel ni nanti. Kita juga elakkan dari bercampur dengan pinggan gelas yang kita guna. 



11. Pemberus Botol

- Pastikan ada 2 bahagian. yang besar dan yang kecil untuk bersikan bahagian yang susah dan bahagian puting hilangkan keladak susu.


12. Pencuci Botol

- Saya pilih pureen liquid cleanser yang No Flavour. 





13. Nursing Pillow

- Nursing pillow saya beli sebelum bersalin lagi. Tujuannya memudahkan untuk menyusukan anak. Kebetulan saya bersalin ceaserean nursing pillow ni elakkan badan saya dari lenguh-lenguh. Setiap kali nak menyusu masa pantang perlu tegakkan badan dan baby perlu diangkat tinggi. Makanya nursing pillow membantu!



14. Nursing Cover

- So far selama menyusukan Ayesha saya tak pernah beli khas nursing cover walaupun banyak corak cantik-cantik. Saya hanya gunakan pashmina yang ada dalam almari tu bila nak nursing in public. Kadang-kadang saya guna baby blanket.  Pakai tudung labuh sikit dan nursing dress ada zip/butang (BF friendly) juga menyelamatkan kita :)




15. Deep Freezer

- Perlu jika stok EBM terlalu banyak sehingga tidak muat. Saya tidak lah sampai beli deep freezer kerana stok frozen  EBM saya tak sampai beratus botol. Frozen EBM cukup untuk bekalan 1-2 minggu. Selebihnya saya lebih banyak Stok Chilled EBM dan fresh milk. Kelebihan deep freezer ini frozen EBM mampu bertahan sehingga 6 bulan. Deep freezer tetap menjadi wishlist saya bila mengandung dan bersalin anak seterusnya nanti dengan harapan susu lebih meriah insyaAllah boleh menjadi ibu susuan pada yang memerlukan. Amin.




Jika dilihat senarai peralatan (gajet) penyusuan mesti ramai yang fikir MAHAL. banyak kos yang perlu dikeluar. Ikut pada bajet dan keperluan masing-masing. Pada saya ia masih lagi murah jika dibanding anak diberikan susu formula selama 2 tahun. Peralatan penyusuan selama 2 tahun ni sangat berbaloi dan memberi kepuasan ibu untuk memberi HAK ANAK. Susu ibu adalah yang terbaik. Niat yang baik-baik semuanya akan jadi baik. InsyaAllah




Mencari Set Penyusuan dan Bersalin/Berpantang yang terbaik? Sila KLIK DISINI. Keperluan suplemen dan vitamin untuk Ibu Menyusu kekal cergas dan sihat. 

Berminat dengan produk SHAKLEE?


SMS/Whatsapp/Telegram 011-320 65144 untuk COD sekitar Penang, Kulim, Sungai Petani.

SMS/Whatsapp/Telegram 011-320 65144 untuk POS ke SELURUH MALAYSIA termasuk SABAH/SARAWAK

Walk-in branch Shaklee yang SAH berdekatan seluruh malaysia

Guna ID 995071 (norhaslinda hashim) untuk mendapatkan harga ahli.

Sila hubungi saya selepas pembelian untuk Tips eksklusif dan jadual makan.



  
NAK DAPAT DISKAUN SEHINGGA 20%?

JOM JADI AHLI SHAKLEE DIBAWAH TEAM KAMI

BANYAK KELEBIHAN DAN PELUANG BERSAMA SHAKLEE

KLIK DISINI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT.

GAYA HIDUP SIHAT YANG BERKUALITI DAN CERIA SELALU BERSAMA SHAKLEE.

SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN TENTANG PRODUK SHAKLEE 
SILA HUBUNGI SAYA:

Norhaslinda Hashim
Shaklee ID 995071
Call/SMS/Whatsapp/Telegram: 011. 320. 65144

Vitamin shaklee, suplemen shaklee, Blog shaklee, shaklee online, shaklee2u, web shaklee, branch shaklee, pengedar shaklee penang, pengedar shaklee kulim, pengedar shaklee sungai petani, pengedar shaklee kedah, pengedar shaklee alor setar, pengedar shaklee perlis, pengedar shaklee butterworth, pengedar shaklee seberang jaya, pengedar shaklee bertam, pengedar shaklee kepala batas, pengedar shaklee tasek gelugor, pengedar shaklee juru, pengedar shaklee padang serai, pengedar shaklee bayan lepas, pengedar shaklee bayan baru, pengedar shaklee bukit jambul, pengedar shaklee jelutong, pengedar shaklee ayer itam, pengedar shaklee georgetown, pengedar shaklee usm, pengedar shaklee lunas, pengedar shaklee nibong tebal, pengedar shaklee bagan, pengedar shaklee permatang pauh, pengedar shaklee bukit mertajam, pengedar shaklee bandar perda, pengedar shaklee penanti, pengedar shaklee guar perahu, set kurus, set kesuburan,  set kecantikan, set bersalin, set berpantang, set kehamilan, set anak bijak, set awet muda, anti penuaan, kulit berjerawat, kulit berminyak, kulit gelap, kulit kusam, cerah dan putih, set slimming, resdung, gout, diabetes, kanser, darah tinggi, sakit jantung, susah hamil, rambut gugur, kulit kering, kulit gebu, tips hamil, penyusuan susu ibu, milkbooster, pengedar shaklee ampang, pengedar shaklee johor, pengedar shaklee ipoh, pengedar shaklee batu gajah, pengedar shaklee melaka, pengedar shaklee klang, pengedar shaklee subang, pengedar shaklee shah alam, pengedar shaklee puchong, pengedar shaklee sri petaling, pengedar shaklee kajang, pengedar shaklee labuan, pengedar shaklee miri, tawau, pengedar shaklee kuantan, pengedar shaklee kuala terengganu, pengedar shaklee taiping, pengedar shaklee bagan serai, pengedar shaklee kuala kangsar, pengedar shaklee kuala kurau, pengedar shaklee arau, pengedar shaklee kangar, pengedar shaklee alor gajah, pengedar shaklee jasin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...