Thursday, July 24, 2014

Lailatul Qadar Untuk Wanita Haid

Lailatul Qadar Untuk Wanita Haid dan Nifas


10 akhir ramadhan adalah malam-malam yang penuh keberkatan. Orang yang beribadah pada malam Lailatul Qadar ianya menyamai beramal 1000 bulan. Malam-malam ganjil tersebut ialah malam 21, 23, 35, 27, 29 dalam bulan ramadhan.



Persoalan yang selalu bermain difikiran wanita yang tidak boleh beramal pada 10 malam terakhir kerana haid, makanya wanita tidak boleh solat sunat dan berpuasa. Walau bagaimanapun terdapat amalan dan ibadah yang lain boleh dilakukan oleh wanita.

Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

  • Berzikir - bertasbih, bertahmid, bertakbir sebanyak yang mungkin
  • Berdoa - “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan mulia, kamu suka memaafkan, maafkan aku.”HR Imam al-Tirmizi.
  • Istighfar - Khususnya 1/3 akhir malam
  • Berniat menghidupkan malam Lailatul Qadar dari awal lagi (dapat pahala)
  • Banyakkan Sedekah
  • Mendengar bacaan Al Quran serta terjemahan
 Malam ini (pagi esok) dari pukul 2.30am-4.30am, adalah kombinasi 3 waktu terbaik.

- MALAM RAMADHAN
- MALAM JUMAAT
- 1/3 MALAM AKHIR

InsyaAllah DOA dimakbulkan dan diberkati Allah.
*Sila sedekahkan Yaasin / Al-Fatihah pada ahli keluarga anda yg telah kembali ke rahmatullah dan selawat atas Nabi S.A.W. sebelum disertai dgn DOA anda. Mintalah padaNya dgn penuh yakin.

**Lebih afdal jika dapat baca "Surah Ikhlas" 3x dan "Ya Mujib" (bermaksud Maha Pemakbul) 100x.

Malam ini malam Jumaat bersamaan malam 27 yg merupakan malam ganjil.

Ibnu Taimiyyah berkata, "Jika malam Jumaat berbetulan jatuh pada malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan, kemungkinan besar itulah Lailatul Qadar."

Ibnu Arabi juga berkata, "Antara kaedah menentukan Lailatul Qadar ialah bila malam Jumaat berbetulan jatuh pada malam ganjil di sepuluh akhir Ramadhan."


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lepaskan peluang 10 malam terakhir untuk mendapatkan keberkatan malam Lailatul Qadar. Insya Allah.




GAYA HIDUP SIHAT YANG BERKUALITI DAN CERIA SELALU BERSAMA SHAKLEE. 



SEBARANG PERTANYAAN DAN PEMBELIAN TENTANG PRODUK SHAKLEE SILA HUBUNGI SAYA:





shaklee penang, shaklee utara, produk shaklee

Hello-hello saya. call me Linda :) 
No Telefon 019 776 7344

PICKUP/COD Area Seberang Jaya, Bukit Mertajam, Kepala Batas, Batu kawan, Butterworth dan sekitar Pulau Pinang. POS ke seluruh Malaysia termasuk sabah/sarawak.

 
Segala testimoni yg dikongsi disini atau penulisan tentang produk ini bukan bertujuan utk mendiagnos, merawat, menyembuhkan, mencegah sebarang penyakit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...