Monday, April 28, 2014

Moms & Babies Expo Penang

Moms & Babies Expo Penang

 

 Masa mengandungkan ayesha dulu memang alert sangat dengan Baby Fair ni. Kalau ada mesti nak pergi walaupun tak beli lagi. Survey-survey. Ushar-ushar. Nak beli family tak bagi. Katanya tunggu lah nak dekat bersalin nanti baru lah shopping.

Nak jadi cerita masa mengandung tu sejak 5 bulan pregnant saya dah sakit kat tulang pelvik. Doktor kata nanti senang bersalin sebab dia nak mengembang ke apa entah. Hishh. Awal kan sakitnya? Sakit sangat tahu tak? Nak bangun dari tidur punya lah sakit. Kalau dah duduk bersila pun susah nak bangun. Eh buat apa pun sakit lah. Dugaan hehehe :)

So start pregnant 6 bulan saya dah beli sikit baju baby. Bila dah 7-8 bulan kira dah completed semuanya. Sekarang ni kalau ada baby fair pun teringin nak pergi. Ye lah seronok kan shopping baju budak ni. Ayesha walaupun dah umur setahun tapi dia jenis kecik molek je. Bagitau orang dia umur setahun pun mesti orang akan cakap "eh.. keciknyaaaa"

 Hek' Eleh. Kau tengok lah mak bapak dia. Besar gedempol ke? Huhuhu.


baju baby,





 

 Expo baby tu buat kat Sunway Convention Centre. Yang sedihnya expo tu habis pukul 9.30 malam. Kami sampai sana 9.15 malam. Amikaw.  Kelam kabut naik escalator cepat-cepat. Masuk dalam expo banyak booth yang dah tutup. Nasib sempat rembat 2 pasang baju untuk ayesha. Baju raya katanya. Mama tak nak beli dah. Beli baju tu pun saiz 12-18 month. Dah lah anak tu halus. Baju beli besar-besar. Hahaha nasib lah boleh pakai lama :P




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...